Monday 10 September 2012

ENJIN PENCARIAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...bertemu kita pada kali ini untuk tugasan yang berikutnya setelah tugasan sebelum ini telah disiapkan...tugasan kali ini mengenai enjin pencarian yang terdapat dalam internet...pasti korang semua mesti biasa melayari enjin pencarian untuk bersosial atau mencari maklumat...di bawah ini aku telah senaraikan lima enjin pencarian yang sering dilayari oleh serata orang di dunia...

1) www.altavista.com
2) www.cari.com.my
3) www.google.com
4) www.hotbot.com
5) www.msn.com


KELEBIHAN MENGGUNAKAN  GOOGLE

1. Carian ke atas kelompok sumber yang sangat besar
Mampu mengesan maklumat yang diperlukan dan member keputusan carian dengan jumlah carian yang sangat besar. Dikatakan mampu mengesan lebih daripada 8 bilion laman web.

2. Carian relevan dengan apa yang dikehendaki
Lazimnya memberi keputusan yang sangat relevan dengan pertanyaan dibuat. Hasil carian yang diperlukan berada di kedudukan yang teratas atau di mukasurat pertama senarai keputusan carian.

3. Carian boleh dilakukan secara spesifik
Carian secara spesifik dengan menggunakan peraturan-peraturan khas dengan menggunakan google print, google scholar atau advenced search. Hasil carian adalah lebih jitu dan menjimatkan masa.

4. Laman boleh diubahsuai
Boleh diubah mengikut keselesaan pengguna. Bahasa antaramuka, bilangan hasil carian dalam sesuatu mukasurat dan tapisan hasil carian antar yang boleh dibuat untuk pengubahsuaian.

5. Mudah untuk menilai hasil carian
Hasil carian disertakan dengan pelbagai maklumat lain yang membantu pengguna menilai hasil carian. Contohnya seperti snippet iaitu penerangan ringkas hasil carian dan saiz muka surat hasil carian yang membolehkan pengguna mengagak atau mendapat gambaran tentang isis kandungan hasil carian.

6. Mampu memproses carian keatas 8 bilion laman web, lebih dari 1 bilion imej dan lebih dari 1 bilion mesej Usenet.

7. Menyediakan lebih dari 100 bahasa untuk antara muka (interface) dan 35 bahasa untuk hasil carian.

No comments:

Post a Comment