Sunday 1 July 2012

Teknik-Teknik Persembahan TMK Dalam P&P PJ

Salam kwn2 sekalian..utk post kali nie sbnrnye due date dh tlpas tp harus disiapkan jua..diharapkan dgn tugasan yg lwt nie...Diharapkan past kali nie boleh dijadikan panduan dan rujukan utk kwn2...
Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani

Terdapat beberapa kaedah/teknik yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah :

i)   Kaedah Kuliah
ii)  Kaedah Perbincangan
iii) Kaedah Kuliah-Demonstrasi
iv) Kaedah Latihan
v)  Kaedah Penemuan
vi) Kaedah Projek
vii) Kaedah Persembahan Lisan
viii) Kaedah sebahagian-keseluruhan.

Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.

KAEDAH KULIAH

Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.

Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani :

1.Pengenalan
-Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
-Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka
-Cuba membangkitkan minat
-Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.

2. Persembahan
-Kuat tetapi nada mesra
-Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
-Huraikan istilah yang digunakan
-Bercakap dengan semua pelajar
-Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain
-Ulang butiran penting
-Guna lawak jenaka
-Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin

3. Penutup
-Mengulangi point-point utama
-Menggalakkan perbincangan
-Meneguhkan point yang lemah

 KAEDAH KULIAH – DEMONSTRASI

Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani :

1. Pendahuluan
-Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri
-Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
-Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

2. Demonstrasi
-Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar
-Ikut cara dan prosedur yang piawai
-Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

3. Demonstrasi dan pengajaran
-Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya
-Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
-Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.
-Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.
-Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.
-Ulang demonstarsi dan butiran yang penting
-Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
-Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
-Beri butiran penting

4. Penutup
-Ulang butiran penting
-Menggalakkan perbincangan
-Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran


KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN

Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :
1) Kaedah/Gaya Langsung
2) Kaedah/Gaya Gabungan
3) Kaedah/Gaya Tidak Langsung

GAYA LANGSUNG

Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.

GAYA TIDAK LANGSUNG

Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.

GAYA ARAHAN

Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut

Ciri – ciri gaya arahan
-Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran yang akan dipelajari oleh pelajar .
-Pelajar berlatih.
-Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
-Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.
-Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan.
-Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan

Penemuan Terbimbing
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh ‘Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’

Kelebihan –kelebihan
-Membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
-Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
-Memupuk pembangunan arah kendiri

Penyelesaian Masalah
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.Di dalam kelas pendidikan jasmani,selepas guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-langkah berikut :

-Menganalisi dana memahami masalah
-Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
-Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat –maklumat
-Membentukkan jawapan yang mungkin
-Pilih dan uji penyelesaian alternatif
-Pilih penyelesaian paling sesuai.
-Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan-kelebihan
-Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.
-Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi
-Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.

Kelemahan kelemahan
-Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru.
-Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan berkesan.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang --kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada :
Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran.
Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose penyelesaian itu.
Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.

 http://bobezani.tripod.com/gerko.htm

No comments:

Post a Comment