Monday 2 July 2012

Tugasan TMK Minggu 2

Dalam minggu ini, tugasan yang diberikan berkaitan 4 penggunaan TMK dalam P&P PJ...Antara mod-mod berikut ialah :

1) Tutorial
2) Penerokaan
3) Aplikasi
4) Komunikasi

Fokus 4 mod penggunaan TMK dalam P&P PJ lebih kepada kelebihan dan kekurangan penggunaan TMK tersebut...

       Maksud penggunaan TMK dalam P&P
*Menggunakan TMK secara berfikiran,terancang serta bersesuaian dengan P&P bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan P&P...

       Kelebihan
   1) Meningkatkan kemahiran pelajar terhadap TMK
   2) Bimbingan orang perseorangan yang minimum kepada keselesaan pelajar
   3) Memberi masa yang secukupnya bagi pelajar memahami sesuatu
   4) Mewujudkan pembelajaran kendiri terhadap pelajar
   5) Mampu meningkatkan motivasi pelajar
   6) Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada pelajar berlainan keupayaan
   7) Mampu meningkatkan kemahiran dan dan penguasaan pelajar

1) TMK Sebagai Tutorial
     *digunakan untuk menyampaikan untuk kandungan pelajaran berunsurkan susunan,sukatan,proforma dan urutan yang telah ditetapkan.
   
    Merangkumi
    1) Pembelajaran ekspositori
    2) Persembahan demonstrasi yang berurutan,babak yab dikawal oleh sistem
    3) Penyediaan latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem

Alat untuk pembelajaran untuk mod tutorial merangkumi komputer,perisian CD ROM laman web dan lain-lain...

Kekurangan Mod Tutorial
1) Perisian tidak bermutu
2) Tidak produktif
3) Penyalahgunaan ICT
4) Masa lebih digunakan

2) TMK Sebagai Perisian
    *penggunaan TMK sebagai medium seperti:
    1) Cari dan akses maklumat melalui CD-ROM,internet dan portal maklumat
    2) Mengalami,mempelajari serta mengkaji sesuatu secara simulasi
    3) Melihat demonstrasi sesuatu yang beryrutan babaknya dan dikawal oleh sistem

Kelebihan Mod Perisian
    1) Pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK.
    2) Para pelajar akan belajar secara kendiri melahirkan pemikiran kreatis,belajar menyelesaikan masalah      dan mendapatkan pengalaman belajar serta membina pengetahuan melalui interaksi sosial
   3) Sesuai digunakan untuk pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan,menjurus kepada penyelesaian masalah sebenar berdasarkan kajian masa depan

3) TMK Sebagai Aplikasi
    *membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran contohnya penggunaan perisian hamparan,elektronik dalam pembinaan jadual,pembangunan rekacipta bentuk,memplot graf dalam tugasan.

Contoh perisian yang biasa digunakan ialah:
i) Computer Aided Design (CAD)
ii) Google Sketch
iii) Adobe Photoshop
iv) Sony Vegas
v) Microcontroller 8051

4) TMK Sebagai Komunikasi
    *alat permudah komunikasi,biasa digunakan untuk membantu pelajar dan guru berhubung,menghantar dan menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk dari dua lokasi berasingan

    *komunikasi boleh dilakukan dalam pelbagai mod seperti
    i) teks
    ii) grafik
    iii) audio
    iv) video
    v) kombinasi pelbagai mod seperti audio+teks+grafik

   *terdapat 4 komunikasi dalam dalam P&P yang boleh digunakan:
    i)  teknik seorang (persendirian)
    ii) teknik seorang kepada seorang
   iii) teknik seorang kepada ramai
   iv) teknik ramai kepada ramai

Kelebihan Mod Komunikasi
*dapat melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif,meningkatkan pembelajaran secara global dan boleh merujuk kepada pakar dari dalm dan luar negara...

Sekian saja maklumat dan info yang aku dapt dari pelbagai sumber...segala kelewatan dan kekurangan tugasan ini dimaafkan..yang kurang dari diri aku sendiri yang baik datang dari Allah SWT...^_^


No comments:

Post a Comment